Tuesday, September 27, 2011

siapakah diri ini?


Kerana hidup ini adalah satu perjuangan kerana itulah aku masih disini mencari dan ingin mengenali erti sebenar suatu kehidupan.

Aku yang dilahirkan dibumi ini adalah insan yang paling bertuah jika nak dibandingkan dengan dirimu oh temaku yang penuh dengan onak duri. Penuh dengan perjuangan dan berpeluangan untuk syahid. Sedangkan aku disini yang masih lemah dalam godaan nafsu sendiri.

Kupandang kanan dan kupandang kiri. Yang belakangnya adalah suatu yang telah terjadi dan kujadikan iktibar untuk mara di masa hadapan ini. Jauh memandang ke hadapan dan aku juga menyedari yang aku hanya memandang dan tidak dapat mengetahui apakah yang yang terjadi walaupun sesaat dihadapanku sendiri. Manusia dikurniakan oleh yang MAHA pencipta dengan akal fikiran perlulah berfikir dan meramalkan apakah yang akan terjadi sesaat dihadapan mereka dengan tingkahlaku yang mereka lakukan sekarang.

Aku adalah mohamad hasnan bin hasan, jangan dikeji dan jangan dihina jika berlaku sedikit kesalahan. Doakan aku agar cepat tersedar dan dapat memperbaharui imanku dengan segera. Taubat aku hanya kepada Allah swt.

No comments:

Post a Comment